Pages

Saturday, May 14, 2016

Wanita Itali pula manusia tertua di dunia

SABTU, 14 MEI 2016 @ 9:36 AM

EMMA Morano. - Foto AP

VERBANIA: Dikelilingi sanak saudara dan rakan, Emma Morano dari Itali memberikan senyuman selepas beliau yang kini berusia 116 muncul sebagai manusia paling tua di dunia. Bukan itu saja, Morano dipercayai manusia terakhir masih hidup yang lahir pada tahun 1800-an dengan tarikh lahirnya 29 November 1899.

Jarak masa itu hanya empat setengah bulan selepas Susannah Mushatt Jones meninggal dunia di New York, kelmarin pada usia 116 tahun.

Wartawan semalam melawat ke rumah Morano di Verbania, sebuah bandar utara Itali menghadap Lake Major untuk mendokumenkan pencapaiannya tetapi mereka terpaksa menunggu beliau bangun daripada tidur untuk bertemu dengannya.

Morano menetap dalam sebuah pangsapuri satu bilik kemas, beliau tidak lagi meninggalkan unit kediaman itu dan ditemani seorang penjaga serta dua sepupu warga emas. "Keadaan saya baik pada umur 116!" katanya membalas ucapan selamat yang diberikan orang ramai. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/153438

No comments: